Kaum wanita moden sekarang mahupun yang berumur memang tak asing dengan tudung hitam. Warna hitam adalah warna kegemaran ramai. Fakta atau auta? Baik tudung, baju, skirt, seluar atau kasut mesti akan selitkan warna hitam. Memang warna hitam adalah warna wajib bagi setiap wanita.
Selain warna putih, warna hitam adalah warna asas daripada semua warna yang ada. Pakai baju warna apa pun tetap akan sesuai dengan warna hitam. Setiap kali shopping mesti tak sah kalau tak ambil sekali tudung hitam. Betul tak? Kalini nak share kenapa ramai yang meminati warna hitam dalam pemilihan pakaian harian terutamanya tudung.
TAK MUDAH KOTOR
Pemilihan warna hitam dalam pemakaian harian adalah pilihan yang sangat bijak. Tak kira tudung atau baju, warna hitam tidak akan kelihatan berkedut sekiranya tidak di seterika. Memang menjadi pilihan akak akak yang nak tudung express kan? Lagi lagi bila terkena kotoran memang susah sangat nak nampak berbanding warna lain.
EFFECT WAJAH TIRUS
Wanita mana yang taknak nampak effect tirus bila pakai tudung kan? Korang tahu tak pemilihan warna tudung pun sangat penting untuk menonjolkan effect bentuk muka tau. Warna hitam boleh memberikan kesan tirus terhadap bentuk muka. Tak percaya cuba bandingkan warna hitam dengan warna yang lain. Mesti ada beza.
WAJAH TERLIHAT LEBIH CERAH
Siapa yang taknak nampak seri bila pakai tudung? Taktahu warna apa yang sesuai dengan tona kulit muka. Boleh ambil warna yang selamat iaitu hitam. Sudah tentu wajah akan terlihat lebih cerah dan nampak kemas. Cuba check berapa banyak tudung hitam yang korang ada dekat rumah tu. Mesti lebih dari satu.
MUDAH DIPADANKAN DENGAN PELBAGAI WARNA
Tudung warna hitam boleh menjadi penuetral warna yang sangat mudah untuk digayakan dengan warna yang terang. Mudah sangat untuk membuat pemilihan warna baju yang ada sekiranya dipadankan dengan tudung hitam. Pemilihan warna hitam juga boleh membuat anda tampak lebih menonjol dan elegan. Kebanyakan perempuan yang ingin nampak lebih cantik dan moden pasti tudung berwarna hitam menjadi pilihan utama mereka.
Sekian perkongsian untuk kenapa wanita di luar lebih gemar memilih warna hitam untuk dijadikan tudung harian. Semoga perkongsian di atas dapat membantu para wanita di luar sana yang mempunyai masalah dalam menyesuaikan baju dan tudung. Semoga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya !