
Assalamualaikum wbt,
Siapa dekat sini memang kaki travel ? Kadang travel mesti ambil masa yang agak lama. Dalam beberapa hari atau seminggu. Tapi setiap kali nak travel mesti akan ada masalah. Masalah utama bila nak pergi travel ni memang blur nak pilih baju apa nak pakai, tudung apa nak pakai. End up bawak semua tapi tak pakai pun. Buat berat beg je betul tak ?
MATERIAL TAK PERLU DIGOSOK
Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Bila travel je memang of course wajib OOTD kan ? Tapi korang tahu tak bila nak OOTD ni memang nak tudung dalam keadaan yang perfect and tak berkedut. Kadang kadang ada tempat yang tak sediakan iron. So penyelesaiannya adalah untuk membawa tudung yang mudah diseterika atau minimal iron. Dah tak perlu risau kalau tak ada iron lepas ni. Tudung ANTI KEDUT dah selesaikan masalah korang.
PILIH TUDUNG YANG BERCORAK / PRINTED
Pemilihan jenis tudung adalah sangat penting untuk memudahkan urusan ketika travel. Sekiranya dalam keadaan emergency, tudung bercorak adalah pilihan yang paling selamat untuk wanita wanita yang bertudung. Tudung yang bercorak memberikan trick yang terbaik untuk menutup semua kedutan yang ada pada tudung kita. Elakkan memakai tudung yang cerah sebaliknya pilihlah tudung yang agak gelap. Dengan cara ini tiada iron pun tiada masalah.
CARA LIPATAN YANG BETUL
Untuk maksimumkan ruang luggage anda, gulunglah tudung supaya menjadi kecil dan nipis. Selain itu, pakaian yang digulung dan disusun rapi di dalam luggage ini juga kurang berkedut. Baru menjimatkan ruang bagasi yang ada. Boleh praktikkan cara lipatan ini supaya tudung tidak renyuk terutama sekali di bahagian awning. Dengan cara ini, dapat menjimatkan ruang dan dapat membawa lebih banyak lagi barang yang lebih penting.
Sekian perkongsian untuk tips memilih tudung travel kepada kalian yang sudah merancang untuk travel di luar sana. Semoga perkongsian di atas dapat membantu para wanita di luar sana yang buntu untuk memilih tudung yang sesuai ketika travel dapat diselesaikan. Semoga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya !
Dapatkan new collection travel edition anda sekarang😍