TIPS PENJAGAAN TUDUNG MUDAH DIGOSOK

Pernah tak ambil masa yang lama nak gosok tudung yang ada? Kadang kadang kedutan yang ada susah sangat nak hilang. Memang ambil masa yang lama hanya menggosok satu tudung je. Lagi lagi bila kita rushing nak cepat tapi kedut pulak susah nak hilang. Terus rasa taknak pakai dah tudung tu kan ?

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu cara penjagaan tudung yang sebetulnya. Dan mula lah nak “complain” tudung ni kualiti tak bagus la material tak best la. Rupanya ada cara nak hilang kan kedutan yang ada dan mudahkan urusan korang untuk menggosok tudung yang ada tu. Harini nak share dekat korang tips penjagaan tudung supaya mudah digosok. Say no more to “KEDUT“!! Korang follow je tips dekat bawah.

BASUH TUDUNG MENGGUNAKAN TANGAN

Mencuci dengan cara kaedah ramas menggunakan tangan dengan lembut adalah lebih baik. Elakkan menyental dengan terlalu kuat atau menggunakan berus yang kasar. Terutamanya pada fabrik jenis cotton dan satin. Ini kerana, fabrik tersebut mudah rosak atau berbulu. Jika ada kotoran, rendam tudung dengan sabun selama 15-30 minit dan gunakan berus lembut atau gunakan tangan. Kemudian, gosok perlahan-lahan sehingga kotoran hilang.

ELAKKAN MENGGUNAKAN MESIN BASUH

Kebanyakan tudung diperbuat dari material yang lembut. Oleh itu, basuhan tangan adalah lebih selamat berbanding mesin basuh. Ini kerana mesin basuh boleh merosakkan fabrik tersebut. Elakkan daripada menggosok tudung dengan terlalu kuat dan juga elakkan pengunaan dryer kerana ini akan merosakkan lagi tekstur tudung anda. Basuh tudung menggunakan tangan dapat meminimalkan kerosakkan dan kedutan pada tudung anda.

ELAKKAN LIPAT PADA AWNING

Untuk penyimpanan tudung dengan cara terbaik, elakkan untuk melipat tudung dibahagian awning. Seeloknya tudung disimpan secara tergantung supaya tidak merosakkan awning ketika pemakaian. Anda boleh melipat atau menggunakan kaedah gantung dengan penyangkut khas dan mengikut jenis tertentu. Simpan tudung di tempat yang kering dan tidak lembab dan elakkan menyimpan di tempat yang panas dan terdedah dengan matahari untuk memastikan tudung tidak rosak.

CARA LIPATAN GULUNG

Tips untuk menyimpanan tudung ketika travel supaya tudung tidak berkedut dan dapat memudahkan untuk menggosok adalah dengan menggunakan cara lipatan tudung yang betul. Cara lipatan tudung pun sangat mengambil peranan supaya tudung boleh digunakan walaupun setelah dilipat. Cara lipatan gulung sangat digalakkan ketika travel. Dengan cara lipatan ini tudung akan masih terlihat baik walaupun setelah dilipat.

Sekian perkongsian untuk tips penjagaan tudung mudah digosok kepada kalian yang sering mengalami masalah susah hendak menggosok kedutan tudung yang tidak mahu hilang.  Semoga perkongsian di atas dapat membantu para wanita di luar sana untuk memudahkan urusan seharian. Semoga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya !

Jom dapatkan koleksi terbaru tudung Fareha dari kami dengan pelbagai freegift menarik!