TAK BERANI PAKAI TUDUNG PUTIH SEBAB NAMPAK KUSAM?

Pakai baju putih pun tak berani, inikan nak pakai tudung putih. Ramai diantara kita yang suka pakai putih tapi tak berani nak pakai. Ada yang masih kurang berkeyakinan untuk memakai putih kerana katanya putih membuatkan kulit wajah nampak lebih gelap dari kebiasaan. Betul ke? Ada juga yang merasakan pemakaian tudung putih akan membuat wajah menjadi kusam. Jangan pernah takut untuk memakai putih. Dengan warna putih kamu bahkan akan terlihat makin cantik, anggun dan juga elegan.

Banyak sangat tips dan trick yang korang boleh cuba untuk yang baru berjinak-jinak dengan tudung berwarna putih. Jom ikuti tips di bawah untuk tampil yakin dengan tudung berwarna putih.

PAKAI MAKE UP UNTUK ELAK NAMPAK PUCAT

Pemakaian make-up untuk tudung yang berwarna putih amat digalakkan. Ini kerana efek daripada make-up dapat mengelakkan muka kelihatan pucat. Bagi yang bersolek, pilih bedak asas satu atau dua tona lebih terang. Pasti wajah akan terlihat lebih menyerlah. Elakkan daripada “shading” atau membentuk wajah yang terlampau gelap dan tebal yang boleh menjadikan muka terlihat malap.

PAKAI WARNA LIPSTIK YANG CERAH

Selain daripada itu, pemilihan gincu yang betul juga amat digalakkan. Pilih warna gincu yang agak lembut agar tidak menenggelamkan warna kulit. Warna yang disarankan untuk yang bertudung putih adalah coklat muda, “peach”, jingga lembut dan juga merah jambu muda. Dengan ini muka akan terlihat lebih lembut dan sesuai dengan tudung yang berwarna putih. Cara ini dapat membuatkan pengguna lebih yakin untuk memakai tudung yang berwarna putih.

MATCHKAN TUDUNG DENGAN INNER PUTIH/SOFT COLOR

Pemilihan inner sangat penting untuk tudung yang berwarna putih. Adalah digalakkan untuk memilih anak tudung yang berwarna putih juga. Ini bertujuan memastikan warna putih tudung lebih sekata dan tidak terlebih menonjol pada bahagian dalam tudung. Pemilihan inner yang salah boleh membuatkan si pemakai sedikit menonjol pada bahagian dalam tudung. Ia juga dapat melarikan warna tudung putih yang dipakai. Dapatkan inner neck putih sekiranya tudung terlihat agak jarang.

TANGKAP GAMBAR DI TEMPAT YANG CERAH

Dah cantik cantik haruslah selfie atau OOTD kan? Untuk tudung yang berwarna putih digalakkan untuk menangkap gambar di tempat yang cerah. Terdapat perbezaan diantara tempat yang gelap dan juga tempat yang cerah. Di tempat yang cerah sinar wajah dapat terlihat bersinar dan berseri sekiranya memakai tudung putih. Jika menangkap gambar di tempat yang agak gelap wajah boleh kelihatan agak kusam dan gelap kerana tudung putih akan menyerap cahaya. Pencahayaan amat penting bila mengambil gambar atau video dengan memakai tudung putih.

TAMBAHKAN SEDIKIT AKSESORI

Selain daripada itu, untuk mengelakkan tudung terlihat polos. Pemakaian aksesori juga dapat menaikkan seri pada wajah. Ini dapat memberikan effect minimalist kepada si pemakai. Tiada masalah untuk kita mengenakan warna putih selagi kita selesa dan berani. Jangan takut menggunakan warna putih kerana putih tanda kita seorang yang bersih, kesucian, ringan, kemurnian, kedamaian, kebebasan dan kebenaran. Setiap orang perlu memiliki item berwarna putih.

Sekian perkongsian untuk tips untuk lebih confident memakai tudung putih. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua yang baru hendak bermula memakai putih dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya !