TIPS BELI TUDUNG UNTUK PASANGAN

Nak tanya makan dekat mana pun susah ini kan nak beli tudung untuk pasangan tersayang kita. Betul tak ? Paling susah especially kepada encik suami yang nak beli tudung sebagai surprise kepada isteri tersayang. Tapi dengan cara ini dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang masing-masing. Bukan selalu kan nak tunjuk effort lebih dekat pasangan tu. Barang simple pun dah boleh buat si pasangan tersenyum. Orang kata bahagiakan pasangan murah rezeki. Ye kan ?

Kepada kaum lelaki di luar sana, dah tak perlu risau dah nak memilih tudung apa yang sesuai untuk pasangan korang. Siap tak boleh tidur malam fikir hadiah apa yang nak bagi untuk pasangan tu. Ikut je tips beli tudung untuk pasangan ni confirm mudah korang nak buat pilihan nanti. Don’t worry effort tu kan penting ?  Kalau nak tahu korang baca artikel ni sampai habis tau. 

KENAL WARNA

Tudung yang terdapat di pasaran ada pelbagai jenis warna. Antaranya adalah jenis gelap dan juga lembut. Untuk memudahkan carian warna tudung. Boleh pilih tudung yang bewarna lembut ataupun gelap. Bagi pandangan lelaki semua warna sama. Betul tak ? Tapi ada perbezaan besar antara dua dua warna tu. Cuba check pasangan korang lebih memilih warna yang gelap ataupun lembut ketika keluar rumah tu? Baru boleh decide kan?

MATERIAL BAGUS

Selain daripada itu, material memainkan peranan yang besar dalam pencarian tudung. Terdapat banyak jenis material yang ada. Antaranya adalah chiffon, cotton dan juga satin. Material yang paling disukai wanita adalah yang mudah bentuk dan mudah dipakai. Nak selamat belilah jenis cotton yang premium kualitinya. Cotton adalah tudung wajib untuk semua perempuan. Kebanyakan perempuan memang akan memakai tudung cotton berbanding chiffon. 

TAHU KESUKAAN

Tak kenal maka tak cinta. Betul tak? Untuk memudahkan lagi pencarian tudung yang sesuai cari tahu kesukaan pasangan kita. Sudah lama hidup bersama mesti tahu pasangan kita lebih memilih bawal ataupun shawl kan? Pilihlah tudung yang selesa dengan pasangan supaya senang mereka hendak menggayakan tudung tersebut. Dah tahu kesukaan pasangan lagi mudah kerja untuk membeli tudung. Cuba check pasangan anda mereka pakai shawl atau bawal harini?

TENGOK WARNA KULIT

Cara yang mudah untuk memilih warna tudung yang sesuai dengan pasangan adalah dengan melihat warna kulit pasangan kita. Masing masing ada tona wajah yang tersendiri. Ada diantaranya berkulit putih, sawo matang, kuning langsat dan juga kulit gelap. Nak tahu cara yang betul memilih warna yang sesuai dengan kulit muka pasangan korang boleh baca artikel dekat bawah. 

TIPS KENAL PASTI SKINTONE

https://nurulatiqahholding.com/2022/09/20/tips-kenal-pasti-skin-tone/ 

BERJENAMA

Si suami yang ada rezeki lebih bolehlah membeli tudung ikut jenama yang mereka sukai. Terdapat banyak jenama diluar yang menawarkan harga mampu milik dan berkualiti premium. Diingatkan juga supaya ikut kemampuan dan poket sendiri. Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Betul tak ? Nak senang survey je tudung di Website kami ni. Jangan risau harga semua mampu milik, design pun cantik cantik tau.

EFFORT

Nak bagi hadiah or surprise mesti lah kena cantik cantik kan? Banyak sangat cara yang boleh bahagiakan orang yang tersayang. Bukan selalu nak bahagiakan pasangan kita kan? Bila dapat peluang gunakan tarikh tarikh penting untuk bertukar hadiah. Contohnya seperti birthday, anniversary atau mengejut pun lagi bagus. Bagi si isteri hadiah adalah nombor dua tapi effort yang paling utama. Baru pasangan terasa dihargai dan dapat memupuk hubungan kasih sayang yang terbina.

Sekian perkongsian untuk tips beli tudung untuk pasangan kepada semua yang membaca. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua yang masih pening pening nak memilih tudung yang sesuai untuk pasangan dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya!

Jom dapatkan gift box untuk pasangan anda dengan pelbagai design tudung Fareha yang menarik!