
Bila tudung dah terkena ink pen terus takde mood. Sebab tahu bukan senang nak hilangkan dakwat pen yang melekat dekat tudung tu. Nak guna sabun pun belum tentu boleh hilang. Betul tak? Bukan tudung je baju sekolah anak yang penuh dengan dakwat pen yang tak boleh hilang tu pun sama. Jenuh fikir macam mana nak hilangkan. Tambah lagi tudung or baju yang baru beli. Betul tak? Tapi korang jangan risau, harini nak share dekat korang cara senang nak hilangkan dakwat pen yang melekat dekat tudung atau baju korang tu.

Bila pakaian terutamanya yang bewarna putih atau warna soft, mudah sangat nampak kotoran terutamanya dakwat. Terkena sikit kotor terus tak pakai dah atau terus buang. Kan dah membazir. Sebagai surirumah sangat penting untuk tahu tips and trick untuk masalah masalah macam ni. Nak tahu macam mana korang follow je tips dekat bawah ni. Confirm menjadi.
1. AMBIL CUKA

Cara mudah untuk menghilangkan kotoran dakwat adalah dengan menggunakan cuka. Ramai yang tidak pasti dengan kegunaan cuka yang tersimpan di dapur. Cuka digunakan sejak beribu tahun lalu oleh masyarakat seluruh dunia sebagai bahan masakan dan kesihatan. Cuka juga boleh digunakan sebagai bahan asas untuk membersihkan perkakas rumah. Cuka bukan sahaja mampu menghilangkan kesan dakwat malah banyak sangat kegunaan lain.
2. LETAK CUKA PADA TEMPAT YANG TERKENA PEN

Cara kedua adalah dengan meletakkan sedikit cuka pada tempat yang terkena pen mengikut kadar yang secukupnya. Elakkan daripada merendam cuka supaya tudung tidak rosak dan luntur warna disebabkan cuka. Cuka merupakan bahan yang agak kuat untuk menghilangkan dakwat pen yang melekat di tudung. Letakkan pada kadar yang betul mengikut kotoran yang melekat di tudung atau baju. Lakukan secara perlahan lahan dan elakkan daripada menyental tudung.
3. TUNGGU 10 MINIT

Pemilihan cuka adalah cara yang paling terbaik kerana anda tidak perlu menyental dengan kuat yang boleh menyebabkan tudung atau baju rosak. Seterusnya hanya perlu tunggu cuka meresap selama 5 minit dan biarkan seketika. Ulangi cara yang sama sehingga dakwat kepada pakaian anda menghilang. Cara yang tidak memerlukan tenaga dan masa yang lama untuk menghilangkan dakwat pada pakaian anda. Tudung pun dah boleh nampak seperti baru dan boleh dipakai semula.
4. BASUH SEPERTI BIASA

Cara terakhir adalah dengan membasuh semula tudung dan jemur sehingga kering. Bau cuka yang ada pasti akan membuatkan tudung anda berbau. Tambahkan softener untuk menghilangkan bau cuka yang ada. Tudung pasti akan nampak seperti baru. Lepasni barulah confident nak pakai tudung kan? Yang dah buntu macam mana nak hilangkan dakwat pen boleh guna cara diatas. Sangat mudah dan cepat.
Sekian perkongsian tips cara untuk menghilangkan dakwat pen pada tudung kepada semua yang membaca. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua surirumah mahupun ibu ibu yang sudah sudah buntu bagaimana cara hendak menyelesaikan masalah diatas dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya !
Jom dapatkan koleksi terbaru Fareha dari kami dengan pelbagai freegift menarik!