
Ramai diantara wanita di luar sana yang dulunya tidak bertudung tetapi membuat keputusan ingin bertudung. Mesti di antara kalian tiada “guide” yang betul untuk memilih tudung yang selesa. Pada permulaan bertudung kepada “newbie” pasti agak kekok dengan cara pemakaian, keselesaan dan sebagainya. Keselesaan amat penting lagi lagi yang baru sahaja hendak bertudung. Selain itu, memilih gaya tudung yang sesuai dengan penampilan kita adalah amat digalakkan supaya kita yakin untuk bertudung.

Bagaimana hendak yakin untuk bertudung? Anda haruslah memilih tudung yang sesuai dengan penampilan yang hendak ditonjolkan. Ada yang memilih untuk bertudung bawal dan ada juga yang memilih untuk memakai shawl. Apapun haruslah yang sesuai dan menutup aurat. Hari ni nak share dekat korang tips macam mana hendak membeli tudung kepada yang baru bertudung. Baru senang nak shopping tudung. Betul tak?
pilih tudung bercorak (printed) atau kosong (plain)

Kepada yang baru hendak bertudung pastikan memilih jenis tudung yang hendak dipakai. Di pasaran terdapat dua jenis tudung iaitu bercorak dan juga plain. Kepada mereka yang inginkan tudung yang mudah dan kurang berkedut anda boleh memilih tudung bercorak. Tudung bercorak adalah khas kepada mereka yang ingin cepat bersiap. Kepada mereka yang sukakan tudung yang sesuai dengan kebanyakan baju, boleh memilih tudung “plain”. Kebanyakan tudung “plain” sangat sesuai untuk pelbagai majlis.
kaji material yang selesa dipakai

Peniaga sekarang sangat bijak untuk mengeluarkan material tudung yang selesa kepada pembeli. Material tudung yang popular di pasaran adalah cotton dan juga chiffon. Material cotton sangat sesuai untuk anda yang aktif bersukan dan sering berpeluh kerana sifatnya yang dapat menyerap peluh. Material chiffon pula dapat memberi rasa sejuk dan nyaman kepada pengguna. Ia juga dapat memberikan effect flowy dan cantik kerana sifatnya yang ringan. Cara yang sesuai untuk tahu apa yang sesuai dengan keselesaan kita adalah dengan “try and error” supaya kita tahu apa yang sesuai dan apa yang kurang sesuai.
PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN TONA KULIT

Ramai yang tidak tahu warna tudung juga dapat memberi kesan kepada wajah kita. Memilih warna tudung yang salah boleh membuatkan kulit muka kita kelihatan suram dan tidak berseri. Penting untuk tahu cara memilih warna tudung yang betul untuk menampakkan kulit muka lebih berseri dan juga menyerlah. Sekiranya kalian memiliki kulit muka yang agak gelap pilihan warna pastel sangat sesuai untuk menaikkan seri wajah. Dan sekiranya anda mempunyai kulit yang agak cerah kalian boleh memilih warna gelap yang agak kontra supaya warna kulit muka terlihat lebih cantik. Lebih banyak tips berkenaan memilih warna yang sesuai dengan tona kulit boleh baca artikel di bawah.
TIPS KENAL PASTI SKINTONE
https://nurulatiqahholding.com/2022/09/20/tips-kenal-pasti-skin-tone/
BELI TUDUNG DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN

Ramai yang menganggap sekiranya ingin bertudung memerlukan tudung yang mahal supaya nampak cantik dan selesa. Material yang ada di pasaran sudah banyak yang berpatutan dan mempunyai kualiti yang sangat bagus untuk semua pengguna. Kepada “newbie” yang baru hendak bertudung cari tudung yang boleh membuatkan anda yakin untuk terus bertudung. Yang paling penting start slowly sampai anda sudah yakin dengan look yang ingin ditonjolkan. Nak mudah boleh mencuba bawal Fareha. Banyak pilihan yang sangat cantik dan selesa untuk pemakaian harian. Di bawah adalah antara corak terkini Fareha.
https://nurulatiqahholding.com/elements/product-categories/
Sekian perkongsian untuk tips membeli tudung kepada yang baru bertudung. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua wanita supaya tetap yakin dan konsisten untuk bertudung dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya !
Jom dapatkan koleksi terbaru Fareha Classic Vintage sekarang sebelum kehabisan stock.