TIPS CARA ELAK DARI TUDUNG TERBAKAR

Frust betul bila tudung baru pakai sekali dah rosak disebabkan seterika atau mesin basuh. Siapa yang pernah alami masalah macam ni? Baru nak berangan pakai tudung baru tapi tambah derita pulak bila tersilap langkah. Membazir pun satu hal. Sebelum korang terlebih frust. Kami nak share sikit cara nak elakkan tudung korang dari terbakar. Yang dah berkali kali alami masalah yang sama boleh ikuti langkah langkah di bawah.

Menggosok tudung tidak semudah menggosok baju. Tudung adalah lebih sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Disebabkan material tudung adalah agak nipis berbanding baju. Wanita bertudung memang banyak koleksi tudung yang bermacam macam jenis. Ada cotton, ada chiffon dan ada juga jenis satin. Tapi korang tahu tak material tudung wanita ini mempunyai cara untuk menggosok. Kalau nak tahu lebih lanjut baca artikel ni sampai habis tau.

PASTIKAN SUHU SESUAI DENGAN MATERIAL TUDUNG

Perkara yang paling penting untuk menjaga tudung adalah menggunakan suhu iron yang bersesuaian dengan jenis fabrik terutama jenis fabrik yang nipis. Untuk tudung yang menggunakan jenis fabrik yang berlainan korang haruslah menitik beratkan suhu. Suhu harus sentiasa berubah ubah. Mulakan dari suhu yang kecil ke besar secara berperingkat. Tipsnya korang mulakan dengan menggosok bahagian hujung dikelim dahulu dan apabila suhu sudah sebati boleh ke tengah secara perlahan. 

JANGAN LETAKKAN SETERIKA DI ATAS TUDUNG

Kebanyakan wanita memang banyak urusan yang perlu diselesaikan. Terutamanya surirumah yang sibuk dengan urusan hal rumah tangga, wanita yang bekerjaya yang rushing nak on time masuk kerja. Akan tetapi kita perlu mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Sekiranya ada urusan sebentar ketika seterika, jangan sesekali meletakkan seterika di atas tudung. Ini kerana boleh berlaku kebakaran dan juga tudung berlubang kerana terbakar.

SENTIASA GERAKKAN SETERIKA

Tips ketika seterika, pastikan tudung anda sentiasa digerakkan setiap beberapa saat untuk mengelakkan tudung daripada terbakar. Pastikan menggunakan suhu yang betul ketika seterika tudung. Terlebih suhu boleh menyebabkan tudung rosak dan hangus. Anda perlu tahu suhu apa yang sesuai dengan fabrik tudung sebelum menggosok tudung. Nak selamat gunakan suhu yang rendah dahulu sebelum meninggikan suhu seterika.

JANGAN BERANGAN KETIKA SETERIKA

Menggunakan seterika adalah alat yang memerlukan perhatian dan fokus yang khusus. Pastikan ketika menggosok anda tidak mengalihkan perhatian kepada benda-benda yang lain. Ini kerana seterika boleh menyebabkan kebakaran sekiranya tidak digunakan dengan betul. Kebakaran ringan boleh dikawal tapi tidak kebakaran yang besar. Pastikan anda tidak cuai dan berangan semasa menggunakan seterika. Pastikan suis seterika ditutup selepas digunakan. Semoga tips ini berguna untuk anda semua. 

Sekian perkongsian untuk tips mengelakkan tudung daripada terbakar kepada semua yang membaca. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua dalam menjaga tudung-tudung anda dengan lebih baik dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya !

Jom dapatkan koleksi terbaru Fareha dengan harga yang terlajak murah sekarang!