
Ramai diantara kita jarang mengasingkan baju dengan tudung ketika mencuci menggunakan mesin basuh. Dengan alasan untuk jimatkan air, jimatkan bil elektrik. Tapi adakah korang tahu yang setiap pakaian dan tudung mempunyai material dia yang tersendiri. Tudung mempunyai material yang nipis dan agak sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, kemungkinan tudung kita akan rosak. Bila sudah rosak kualiti tudung juga akan berkurangan disebabkan material nya sudah tidak cantik seperti sedia kala.

Dalam teknik membasuh tudung banyak yang perlu diambil perhatian supaya tak merosakkan tudung kesayangan korang. Dah rosak kan dah membazir untuk membeli tudung yang baharu? Ramai surirumah yang kurang peka hal hal pengasingan baju mengikut material dan juga tudung yang ada. Hari ini nak share dekat korang sedikit pengetahuan mengapa perlu mengasingkan basuhan pakaian dan tudung. Dengan cara ini dapat mengekalkan kualiti tudung kesayangan korang dalam jangka masa yang lama. Nak tahu lebih lanjut boleh baca artikel di bawah.
MENGELAKKAN TUDUNG TERCARIK DAN ROSAK

Terdapat banyak jenis pakaian dipasaran yang mempunyai pelbagai jenis design. Ada diantaranya yang mempunyai aksesori kecil seperti butang, pin dan juga zip zip pada pakaian tersebut. Ini hal yang demikian sekiranya baju baju yang ada bercampur dengan tudung, tudung akan berisiko untuk tercarik dan juga rosak sekiranya tersangkut pada pakaian tersebut. Pakaian pakaian seperti ini perlu diambil perhatian supaya tidak bercampur dengan tudung yang ada untuk mengelakkan daripada rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
BERLAINAN FABRIK BOLEH MENYEBABKAN GESERAN KASAR

Adakah anda tahu terdapat banyak jenis tudung yang ada dipasaran. Diantaranya adalah cotton, chiffon, satin dan sebagainya. Material material yang digunakan pada tudung adalah sejenis nipis dan lembut. Material seperti ini berisiko untuk tercarik, rosak dan juga kejung sekiranya tidak dijaga dengan baik. Sekiranya ia tercampur dengan pakaian yang lebih kasar, ia akan menyebabkan geseran kasar dengan pakaian yang lain dan boleh merosakkan permukaan dan kualiti tudung. Cara senang adalah dengan hanya membasuh tudung sahaja tanpa campur dengan mana mana pakaian yang ada.
TUDUNG BOLEH BERCAMPUR WARNA

Banyak jenis pakaian diluar sana yang menggunakan pewarna yang mudah luntur. Pakaian pakaian seperti ini boleh menyebabkan luntur warna dan merosakkan warna pada tudung dan pakaian yang lain. Tudung yang agak berisiko adalah material cotton kerana cotton agak mudah untuk menyerap warna. Selain itu, tudung juga akan kelihatan kusam dan sudah tidak sama dengan warna yang asal. Banyak yang perlu diambil kira dalam hal penjagaan tudung. Dinasihatkan supaya teliti pakaian yang hendak dibasuh bersama dengan tudung tudung ada supaya tudung anda dapat mengekalkan kualiti dan warna asal.
Sekian perkongsian tips kepada para wanita untuk pengetahuan tentang mengapa pentingnya mengasingkan basuhan pakaian dan juga tudung. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua dalam menjaga tudung kesayangan korang dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca saya !
Jom dapatkan tudung bawal cotton Fareha serendah RM10 SAHAJA!!!