
Sebagai seorang yang berkaca mata pasti anda selalu ada masalah untuk memadankan kaca mata bersama tudung dan bentuk muka. Betul tak? Tudung kembang lah, bingkai terlebih besar lah, terkecil lah. Kadang kadang ada yang nampak macam makcik makcik pula. Dah muka nampak tua pulak. Takkan tiap tiap hari nak pakai kanta lekap kan? Kanta lengkap had masa hanya 8 hingga ke 12 jam sahaja. Kesimpulannya haruslah memilih cermin mata yang selesa dan sesuai untuk dipakai hari hari.

Ramai yang mengalami masalah susah untuk memilih kaca mata yang sesuai lagi lagi yang bertudung. Orang yang berkaca mata pasti ramai yang mengalami masalah dekat atas kan? Korang nak tahu tak cara yang paling senang nak pilih kaca mata yang sesuai bagi yang bertudung. Banyak sangat tips dan trick yang korang boleh pakai semasa membeli kaca mata yang baharu. Nak puas hati kena follow cara cara dekat bawah tau. Confirm korang akan rasa lebih yakin lagi dengan kaca mata yang ada. Nak tahu lebih lanjut korang kena baca artikel ni sampai habis untuk tahu apa tips tips yang ada.
PAKAI TUDUNG YANG SELALU GUNA

Perkara pertama yang perlu diambil kira semasa membeli kaca mata yang baharu adalah dengan memakai tudung yang selalu digunakan semasa membeli kaca mata. Ini kerana apabila anda mencuba cermin mata dapatlah anda pastikan kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka dan tudung yang selalu anda pakai. Pastikan bahagian tepi tudung bawal anda tidak nampak kembang dengan cermin mata yang dipilih. Bila tudung cantik terbentuk lagi yakin kita hendak memakai cermin mata tersebut. Trick yang sama juga korang boleh guna sekiranya anda minat memakai shawl atau tudung sarung.
PILIH SAIZ YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA

Bentuk muka memainkan peranan yang besar di mana bingkai cermin mata akan kelihatan lebih menarik pada anda. Terdapat banyak sangat bingkai cermin mata diluar sana tapi sangat susah untuk memilih mengikut bentuk muka. Cara yang paling senang adalah dengan memilih jenis bingkai yang berlainan dan memilih bingkai yang menampakkan kita lebih yakin dan selesa apabila dipakai. Dapatkan “feedback” daripada rakan atau orang terdekat anda untuk lebih yakin. Ambil tahu tentang bentuk muka sendiri dan cuba untuk mencari bingkai yang sesuai dengan bentuk muka dan juga kontur keseluruhan muka dan kepala.
PILIH TEMPLE CERMIN MATA YANG SELESA

Cermin mata adalah aksesori yang akan dipakai setiap hari lagi lagi yang mempunyai rabun yang agak tinggi. Adalah amat penting untuk memastikan keselesaan pada cermin mata yang akan dipakai. Pastikan untuk memilih temple cermin mata yang selesa. Terdapat banyak jenis temple cermin mata. Ada yang tebal, ada yang nipis dan juga ada ayang bercorak. Pilih temple yang sesuai untuk dipakai setiap hari. Ini juga bagi memastikan anda yakin pada setiap hari dan juga setiap situasi. Temple juga ada yang boleh menyebabkan tudung anda terlihat kembang. Pemilihan temple yang lurus dan halus dapat memberi effect yang baik kepada pengguna tudung.
BAWA TEMAN UNTUK TANYA PANDANGAN

Cermin mata adalah aksesori yang akan dipakai setiap hari lagi lagi yang mempunyai rabun yang agak tinggi. Untuk lebih yakin dalam pemilihan cermin mata boleh bertanyakan pendapat pandangan daripada orang yang terdekat supaya kita lebih yakin dengan pemilihan cermin mata yang ada. Pastikan memakai gaya tudung yang sesuai bagi setiap bingkai. Tips ini juga boleh menampakkan “effect” runcing pada muka korang. Kaca mata juga sudah menjadi trend bagi orang orang yang hendakkan kelainan. Jangan jadikan alasan tak cantik dan tak boleh bergaya bila berkaca mata. Korang follow je tips dekat atas ni. Mesti senang nak pilih kaca mata yang sesuai dengan tudung korang.
Sekian perkongsian tips kepada anda yang dah buntu memilih kaca mata yang sesuai dengan muka. Semoga anda lebih yakin menggayakan tudung dan juga kaca mata anda. Diharap perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua dalam memilih kaca mata yang sesuai untuk look harian anda dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca saya !