PUNCA TUDUNG CEPAT LUSUH

Sudah menjadi kebiasaan dan tanda tanya kepada wanita yang berhijab. Setiap kali pakai tudung mesti tertanya-tanya kenapa tudung cepat sangat rosak dan lusuh kan. Material tudung ni lain daripada material baju2 kita, di mana ianya lebih lembut dan nipis. Harini nak share dekat korang tips untuk elakkan tudung korang menjadi lusuh. Haa ni antara tips-tips yang mungkin berguna untuk korang amik perhatian 100%.

Mestilah rasa sakit hati kan bila mana tudung yang kita jaga cepat sangat lusuh ! Tapi kita lupa semua tu berpunca daripada diri kita juga. Salah satunya adalah, cara kita membasuh tudung tidak mengasingkan, sabun cucian kita yang terlampau banyak, menyental tudung terlampau kuat, menjemur tudung di kawasan yang terlampau panas membuatkan tudung cepat lusuh dan rosak. Bila kita mulakan penjagaan tudung, semestinya kita lebih “Confident” untuk keluar. Ini antara punca-punca tudung korang tu cepat sangat lusuh. 

JEMUR TUDUNG DIRECT BAWAH MATAHARI

Jangan jemur di bawah terik matahari. Tudung yang disidai di bawah cahaya matahari terik akan menyebabkan warnanya menjadi cepat pudar. Jadi, sidai di tempat cahaya yang redup dan tidak terkena direct cahaya matahari. Juga diingatkan supaya jangan biarkan disidai terlalu lama di ampaian. Jemuran tudung di tempat redup akan membuatkan tudung kekal cantik dari segi warna, design dan material tudung itu sendiri.

BERCAMPUR BASUH DENGAN TUDUNG YANG BERWARNA GELAP

Kadang-kadang kita lupa yang tudung sememang semuanya sama tetapi mempunyai warna yang berbeza. Benda yang paling penting sekali elakkan membasuh tudung yang mempunyai warna yang lembut dicampur juga warna yang gelap. Hal ini boleh membuatkan tudung lembut anda menjadi warna yang tidak sekata dan tudung yang gelap menjadi luntur. Di ingatkan juga basuh secara asing, rendam dan juga jemur di tempat yang redup. Selain itu, Jangan sental tudung dengan kuat. Cukup lah sekadar bilas beberapa kali dan perah dengan lembut sebelum jemur.  Tip penting! Jangan masukkan tudung ke dalam dryer kerana ia adalah salah satu sebab yang menyebabkan tudung kita melekat antara satu sama lain yang menyukarkan awning tudung.

BERCAMPUR DENGAN PAKAIAN LAIN KETIKA BASUH 

Elakkan juga membasuh tudung sekali dengan pakaian harian anda seperti tshirt, seluar dan pakaian yang material kasar. Sangat tidak sesuai dan merosakkan material dan warna tudung. Ia juga boleh membuatkan tudung lebih cepat luntur.

Sekian perkongsian tips kepada para wanita untuk bagaimana hendak menguruskan cara penjagaan tudung dan membasuh tudung dengan cara yang betul. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua untuk mendapatkan cara penjagaan tudung yang terbaik dan juga dapat memberi idea dan tips yang baik kepada semua pembaca saya ! 

Jom dapatkan tudung Fareha dengan harga promosi sekarang!