TIPS PENJAGAAN BAWAL SATIN

Ramai yang masih tidak tahu cara penjagaan tudung satin. Satin adalah fabrik yang paling popular selepas kain kapas (cotton). Kebanyakkan wanita sekarang gemar dengan fabrik satin ini kerana permukaannya yang licin dan kelihatan kemas. Apatah lagi jika dijaga dengan baik dan sekiranya digosok ikut suhu yang betul ia akan kelihatan sangat berseri pada si pemakai. Harini kita nak share cara-cara yang boleh membantu dalam penjagaan bawal satin korang tu!

Penjagaan tudung seharian kita adalah sangat penting untuk sentiasa kelihatan kemas dan cantik. Tudung satin seharusnya dijaga dengan baik dan betul supaya fabrik kain tidak cepat rosak. Barulah awning korang bila pakai tu betul je. Ini antara tips penjagaan bawal satin:

MENGGUNAKAN PIN TUDUNG YANG TAJAM AGAR TUDUNG TIDAK BERLUBANG ATAU ROSAK

Kebanyakkan perempuan mesti selalu ada masalah tudung cepat rosak disebabkan pin korang tu kan? Haa jadi korang mestilah kena elakkan menggunakan pin yang besar dan berat. Ini kerana bebanan pin yang berat boleh menyebabkan ia membebani tudung lalu menghasilkan lubang yang sedikit besar dari jarum pin.Yang kedua, Sebelum memakai pin, lapik tempat pin dengan sebarang fabrik lain seperti getah. Ia bertujuan supaya tudung uolls tidak tertarik sewaktu memakai dan membuka pin. Gunakan pin yang tajam untuk elakkan pin menarik tudung semasa kita hendak membuka tudung. Lepas ini boleh pakai tudung Fareha dengan cantik tanpa risau lagi 😄

ELAKKAN BASUH MENGGUNAKAN BERUS YANG KASAR

Mencuci dengan cara kaedah ramas menggunakan tangan dengan lembut adalah lebih baik. Elakkan menyental dengan terlalu kuat atau menggunakan berus yang kasar. Terutamanya pada fabrik jenis pashmina dan satin. kerana, fabrik tersebut mudah rosak atau berbulu. Jika ada kotoran, rendam tudung dengan sabun selama 15-30 minit dan gunakan berus lembut atau gunakan tangan. Kemudian, gosok perlahan-lahan sehingga kotoran hilang.

IRON TUDUNG DENGAN SUHU YANG SESUAI

Terdapat pelbagai jenis tudung dari berlainan jenis fabrik. Jadi anda harus tahu suhu yang sesuai dengan fabrik tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan ‘silk’, kainnya memang lembut, jadi anda kena lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak terlalu panas untuk elakkan tudung terbakar. Lebih bagus jika menggunakan iron stim dengan suhu yang sederhana. Pastikan anda setkan pada ‘low’ dan hanya gunakan seterika bila perlu sahaja. Adalah lebih baik untuk seterika kain satin ini di permukaan yang terbalik iaitu pada permukaan yang tidak berkilat. Jadi tudung akan susah untuk berkedut semula apabila digayakan.

BASUH TUDUNG DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN

Ramai yang masih tak tahu cara Mencuci walaupun boleh menggunakan mesin basuh, tetapi basuhan tangan lebih selamat kerana mesin basuh boleh meregangkan kain tudung satin. Rendamkan tudung satin di dalam air yang mempunyai detergen dan gosokkan dengan perlahan lahan dan lembut lebih kurang ½ jam. Angkat dan lalukan di bawah paip air untuk membuang detergen pada tudung satin. Kebanyakan kain tudung diperbuat daripada fabrik yang lembut. Oleh itu, membasuh menggunakan tangan adalah lebih baik berbanding mesin basuh. Ini kerana, menggunakan mesin basuh boleh meregangkan fabrik tersebut.

Sekian perkongsian tips kepada para wanita untuk bagaimana hendak menguruskan cara penjagaan tudung dan membasuh tudung dengan cara yang betul. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua untuk mendapatkan cara penjagaan tudung yang terbaik dan juga dapat memberi idea dan tips yang baik kepada semua pembaca saya ! Thankyou.

Jom dapatkan koleksi bawal satin Fareha dengan harga promosi sekarang !