
Satu yang pasti, tudung bawal disenangi ramai kerana ia sangat praktikal untuk dikenakan. Sesetengah wanita yang ke tempat kerja contohnya, merasakan tudung bawal lebih sesuai dikenakan kerana tak sukar mengenakannya, khususnya selepas dibuka apabila mahu bersolat. Jangan ingat shawl sahaja boleh dibelit pelbagai gaya. Hanya memerlukan sedikit kreativiti, pemakaian tudung bawal juga boleh menjadi ‘sebergaya’ pemakaian shawl.Kebanyakan tudung bawal direka dengan kain yang ringan, sejuk dan selesa.

Tudung bawal antara tudung yang mudah dan senang apabila digayakannya. Kalini kita akan share kenapa ramai yang gemar memakai tudung bawal.
SELESA DAN TIDAK RIMAS DENGAN LILITAN YANG BANYAK

Pakai tudung yang senang untuk dibentuk, seeloknya jenis bawal. Anda akan rasa lebih selesa dan tidak rimas dengan lilitan yang terlampau banyak. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda sama ada kasual ataupun tidak rasmi.
NAMPAK LEBIH MUDA

Salah warna boleh menyebabkan muka anda nampak lebih BERUMUR Tapi kalau anda pilih warna yang betul, muka anda akan nampak lebih MUDA dan lebih GLOW 🤩. Untuk mengelakkan anda nampak lebih berusia dari usia anda, elakkan memakai tudung yang berwarna gelap dan kusam seolah-olah warna lusuh dan pudar. Pilihkan warna yang sesuai dengan kulit anda, jangan terlalu gelap jika anda berkulit sawo matang dan jangan terlalu cerah jika anda berkulit gelap. Warna yang terang pasti akan menampakkan anda lebih ceria!
BOLEH DIGAYAKAN MENJADI SHAWL

Siapa cakap tudung bawal tak boleh buat sebagai shawl? Ianya juga boleh buat menjadi shawl dengan bidang 45. Sesuai juga pada yang ingin membuat versi labuh ataupun lilit. Tidak terlalu jarang dan lebih nampak kesuluruhan design. Menampakkan lebih cantik dan kemas.Â
Sekian perkongsian kepada para wanita tentang kenapa ramai gemar tudung bawal. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada semua dan juga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca saya !
Jom dapatkan koleksi tudung Fareha dengan harga promosi sekarang !