TIPS TUDUNG BAWAL ON POINT

Pada sesiapa yang memakai hijab pasti ada ketika berasa geram apabila tudung yang di pakai tidak mengikuti kata ataupun boleh dikatakan tidak ‘on-point’. Kali ini kami akan kongsikan tips untuk kekalkan tudung yang dipakai kekal ‘on-point’ sepanjang hari dan terbentuk seperti apa yang kita bayangkan. Ini antara tips-tips yang boleh anda gunakan sama ada anda memakai tudung shawl ataupun tudung bawal!

IRON TUDUNG DENGAN BETUL

Tips ini anda perlu lebih mengambil perhatian kerana jika salah gosok, tudung akan tidak ‘mendengar kata’ sepanjang anda berjalan-jalan. Bagi tudung bawal, tiga perkara anda perlu lakukan adalah gosok semua bahagian, lipat tiga segi dan gosok semua bahagian kecuali di bahagian awning. Bagi tudung shawl pula, semua bahagian tidak mempunyai masalah jika ingin digosok. Tetapi perkara penting yang perlu diingati adalah suhu seterika anda ketika itu kerana bimbang akan terbakar jika terlalu panas.

HIJAB SPRAY

Sama seperti hair spray. TETAPI lebih friendly pada hijab. Isian dan kandungan spray pun memang khusus di formula untuk hijab kita. Hanya spray beberapa semburan dah boleh nampak kesan dia. Cara yang betul untuk menggunakan hijab spray ialah:

  • Laraskan suhu seterika ikut material tudung anda.
  • Goncang botol Hijab Spray.
  • Sembur Hijab Spray pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
  • Gosok rata guna seterika.

PEMILIHAN INNER TUDUNG

Hijabis perlulah memilih yang lembut dan selesa untuk dipakai. Selain itu, inner berkenaan tidak boleh terlalu ketat ataupun longgar kerana anak tudung boleh menjadi punca utama tudung yang dipakai bergerak-gerak. Anda yang memakai hijab perlulah pandai memilih inner yang sesuai agar boleh tampil bergaya dan kemas sepanjang hari!

MEMAKAI SANGGUL RAMBUT (SCRUNCHIES)

Kebanyakkan sekarang ini hijabis memilih untuk memakai scrunchies kerana mahukan volume di bahagian sanggul apabila memakai tudung. Kalau boleh scrunchies yang anda pakai tidak terlalu tebal, berat ataupun tinggi kerana tudung yang dipakai akan kelihatan pelik jika sanggul tersebut terlalu besar dan tinggi.

Jom dapatkan tudung bawal chanella 5.0 sekarang!